Tuesday, 8 April 2014

AirAsia bolsters position as Malaysia’s best in Investor Relations

AirAsia bolsters position as Malaysia’s best in Investor Relations

Description: Description: Description: Description: Description: Description: Description: Description: Description: Description: cid:image001.png@01CD7A2A.808EF500


 
AirAsia bolsters position as Malaysia’s best in Investor Relations
 Recipient of three Corporate Governance Asia’s IR awards for 4 consecutive years at the 4th Asian Excellence Recognition Awards 2014
AsianExcellence_main
 
SEPANG, 8 April 2014 – AirAsia defended its position as Malaysia’s best in corporate governance by being the recipient of three coveted excellence awards in Investor Relations (IR) by Corporate Governance Asia for four consecutive years.  
 
The airline was presented with the awards of ‘Best Investor Relations Company for Malaysia’, ‘Best CEO (Investor Relations) for Malaysia’ and ‘Best Investor Relations Officer for Malaysia’, at the 4th Asian Excellence Recognition Awards 2014 ceremony held in Hong Kong.
 
AirAsia Group CEO Tan Sri Tony Fernandesfour-time ‘Best CEO (Investor Relations) for Malaysia’ award recipient–said, “Winning the Best CEO award four times in a row is amazing, but this is not a personal achievement but instead a reflection of great teamwork that we have in AirAsia.”
 
“We always implement transparent communication with our investors pertaining to our forward plans and also the difficulties that we faced in achieving our goals. This is important to reinforce the trust of all our investors, for us to move strongly forward and accomplish all our objectives for this year. We expect 2014 to be a strong year for us and we have set targets to ensure the company remains lean and profitable through various cost initiatives, such as focus on automation at the current LCCT and klia2 when it is completed.”
For AirAsia, it is the airline’s fourth ‘Best Investor Relations Company for Malaysia’ award r since the honour was introduced in 2011, a testament of its commitment in constantly ensuring greater transparency and improved engagement with the investment community.  
 
Benyamin Ismail, AirAsia Berhad’s Head of Investor Relations who was awarded Corporate Governance Asia’s ‘Best Investor Relations Officer for Malaysia’ title for the fourth consecutive year said, “This is an unexpected win for me and I would like thank Corporate Governance Asia for the honour. This is further motivation to continue with our quest to provide transparent communication and the best engagement with our investors. This truly marks the IR team’s success in driving our initiatives among our investor community all over the region”.
 
The Asian Excellence Awards are designed to recognize the achievements and excellence in management acumen, financial performance, corporate social responsibility, environmental practices and investor relations.
 
These awards are also in the tradition of the high standards set and uphold by Corporate Governance Asia, the authoritative voice in corporate governance practices in the region. These honours are designed to inspire excellence among the different layers in corporate hierarchy, especially now that Asia continued to gain further recognition in the global arena as a favoured investment destination in view of its robust economic growth.
The ‘Best Investor Relations Company for Malaysia’ award from Corporate Governance Asia is AirAsia Group’s third accolade so far for 2014. In January, the airline received regional recognition at the 27th ASEANTA Awards for Excellence 2013 for ‘Best Asean Marketing & Promotional Campaign’ by the airline’s marketing team.
 
In the same month, AirAsia was also named by Euromoney as the winner of the ‘Best Managed Company in Asia for the Airlines & Aviation sector’, for the Euromoney Best Managed and Governed Companies – Asia Poll 2014.
 
***ENDS***
UNTUK SIARAN SEGERA
 
AirAsia kukuh kedudukan sebagai syarikat Perhubungan Pelabur terbaik Malaysia
 Penerima tiga anugerah Perhubungan Pelabur ‘Corporate Governance Asia’ untuk 4 tahun berturut-turut di acara 4th Asian Excellence Recognition Awards 2014’
AsianExcellence_main
 
SEPANG, 8 April 2014 – AirAsia mempertahankan kedudukannya sebagai yang terbaik dalam urus tabdir syarikat, apabila dipilih sebagai penerima tiga anugerah berprestij Perhubungan Pelabur daripada   Corporate Governance Asia bagi empat tahun berturut-turut.
 
Syarikat penerbangan tersebut telah merangkul anugerah ‘Syarikat Perhubungan Pelabur Terbaik Malaysia’, ‘Ketua Pegawai Eksekutif  Terbaik (Perhubungan Pelabur) Malaysia’ dan ‘Pegawai Perhubungan Pelabur Terbaik Malaysia’, di majlis ‘4th Asian Excellence Recognition Awards 2014’ yang telah diadakan di Hong Kong.
 
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes, pemenang anugerah ‘Ketua Pegawai Eksekutif  Terbaik (Perhubungan Pelabur) Malaysia’ sebanyak empat kali, telah berkata, “Memenangi anugerah ini sebanyak empat kali berturut-turut merupakan satu kejutan besar, namun saya tidak menganggapnya satu pencapaian peribadi tetapi sebaliknya mencerminkan kerjasama berpasukan yang hebat di AirAsia.”  
 
“Kami sentiasa melaksanakan komunikasi secara telus bersama para pelabur berkenaan dengan perancangan kami dan juga rintangan yang dihadapi untuk mencapai segala objektif. Ia sangat penting bagi memastikan kepercayaan tinggi daripada para pelabur kami, untuk kami pergi lebih jauh ke hadapan dan mencapai objektif pada tahun ini. Kami menjangkakan tahun 2014 sebagai tahun yang kukuh bagi kami dan pelbagai sasaran perniagaan telah dirancang untuk memastikan syarikat sentiasa kos efektif dan menjana keuntungan melalui inisiatif pengurusan kos yang baik, seperti focus terhadap automasi di LCCT dan di klia2 pada masa akan datang.” 
 
Bagi AirAsia, ini merupakan kali keempat syarikat penerbangan itu menerima anugerah ‘Syarikat Perhubungan Pelabur Terbaik Malaysia’ semenjak ia diperkenalkan pada tahun 2011, mencerminkan komitmen dalam memastikan ketelusan dan perhubungan yang baik bersama komuniti pelabur.
 
Benyamin Ismail, Ketua Perhubungan Pelabur AirAsia Berhad dan penerima anugerah ‘Pegawai Perhubungan Pelabur Terbaik Malaysia’ empat tahun berturut-turut berkata, “Kemenangan ini merupakan satu kejutan dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ‘Corporate Governance Asia’ di atas penganugerahan ini. Ia memberikan kami lebih motivasi bagi menjalankan tanggungjawab menyediakan perhubungan yang telus dan baik dengan para pelabur kami. Ini menandakan kejayaan pasukan perhubungan pelabur kami dalam mengemudi pelbagai inisiatif untuk menjalinkan hubungan erat di kalangan komuniti pelabur di rantau ini.” 
 
Anugerah Kecemerlangan Asia telah direka untuk mengiktiraf pencapaian dan kecemerlangan dalam pengurusan, prestasi kewangan, tanggungjawab sosial korporat, keprihatinan terhadap alam sekitar dan perhubungan pelabur.
 
Anugerah ini membawa tradisi serta standard kualiti yang ditetapkan dan ditegakkan oleh Corporate Governance Asia, organisasi berwibawa dalam sektor tadbir urus korporat di rantau ini. Anugerah yang diberikan direka untuk memberi inspirasi kecemerlangan di kalangan lapisan yang berbeza dalam hierarki korporat, terutamanya rantau Asia yang mendapat pengiktirafan di arena global sebagai destinasi pelaburan yang digemari disebabkan pertumbuhan ekonomi yang kukuh.
 
Anugerah ‘Syarikat Perhubungan Pelabur Terbaik Malaysia’ daripada Corporate Governance Asia ini ialah anugerah ketiga yang telah diterima oleh syarikat penerbangan tersebut bagi 2014. Pada bulan Januari, ia telah menerima pengiktirafan serantau di acara 27th ASEANTA Awards for Excellence 2013’ bagi ‘Pemasaran & Kempen Promosi Terbaik Asean’, satu usaha oleh unit pemasaran syarikat penerbangan itu.
 
Dalam bulan yang sama, AirAsia dinamakan sebagai pemenang anugerah ‘Syarikat Berpengurusan Terbaik di Asia bagi sektor Penerbangan & Aviasi’, di dalam acara pengundian tahunan  ‘Syarikat Berpengurusan dan Berpentadbiran Terbaik – Pengundian Asia 2014’ yang dianjurkan oleh Euromoney.

No comments:

Post a Comment